Latest Posts

Monday, December 21, 2009

The Devil's Teardrop


Baru-baru ini, saya telah pun berkesempatan habis membaca novel kesukaan saya iaitu The Devil's Teardrop. Saya mengambil masa selama 6-7 bulan untuk mengabiskannya. Mengapa?

Mungkin kerana waktu saya masih bekerja dahulu, saya hanya berminat untuk membacanya hanya ketika perjalanan pergi dan pulang kerja sahaja. Sekadar mengisi masa lapang didalam tren yang membosankan itu. Jika pulang kerumah, saya sudah penat dan apa yang difikirkan hanyalah TIDUR!

Novel tersebut adalah hasil garapan penulis terkenal - Jeffery Deaver. Saya tidak begitu mengenali beliau hinggalah saya membaca novel tersebut. Dari situ saya jatuh cinta dengan gaya penulisan beliau yang hebat. Benarlah kata orang, 'Tidak kenal maka tidak cinta". The Devil's Teardrop adalah novel bergenre action-drama yang sesuai dengan insan yang sukakan genre seperti CSI, NCIS & Number.

Novel ini telah menjadi Best-Seller diseluruh Amerika! Sila dapatkan sinopsis disini.

Rating 5/5.

P/S: Terima kasih kepada rakan saya yang telah meminjamkan buku ini kepada saya. Jika anda berkesempatan, marilah kita berjumpa supaya bolehlah saya pulangkan buku ini. =)

read more...

Tuesday, December 15, 2009

Satu Penghijrahan Besar 2010 & So On..

Bermula era 2010, saya telah mengambil keputusan untuk menjadi lebih matang dan tidak lagi bersifat kebudak-budakan. Langkah ini saya ambil memandangkan usia yang semakin meningkat. Bermula dengan era baru ini, saya telah mendapat peluang kedua untuk memulakan hidup saya dan membetulkan kesilapan saya yang lalu. BERUBAH itu pada saya bukanlah sesuatu yang mudah. Malah, terlalu banyak perkara yang perlu saya ambil kira ketika ingin melakukan perubahan besar ini.

Mungkin anda semua tertanya-tanya, perubahan bagaimanakah yang saya maksudkan?
Apakah lagi yang tidak kena dengan diri atau sifat saya?

Sebelum ini, saya terlalu mengambil mudah untuk memutuskan sesuatu perkara tanpa memikirkan kesan baik buruk ke atas hidup saya. Saya terlalu "bergembira" dengan hidup saya. Masa depan adalah sesuatu perkara yang remeh pada saya. Nampaknya, saya SILAP!

Bagaimana saya boleh silap? Apakah bentuk kesilapan itu?

Cukuplah sekadar saya memberitahu bahawa, satu ketika dahulu, saya terlampau "berbelanja besar" dalam hidup saya. Kini, saya kesal. Penyesalan ini telah membawa saya kepada perubahan besar dalam hidup saya. Perubahan ini yang saya namakan HIJRAH!

Era 2010, bakal membawa saya kepada satu tahap yang akan memberi kesan dari segi hidup saya. Satu "Key Performance Index" (KPI) telah dibentuk supaya susunan hidup saya lebih teratur. Antara KPI yang telah di bentuk, adalah:

1. Kewangan

Saya telah membentuk satu belanjawan baru sepanjang 2010 dan akan mula mempraktikkannya seawal Januari 2010. Di dalam belanjawan ini, TIDAK ada lagi budget untuk membeli pakaian stylo, aksesori seperti jam berjenama, kasut stylo dan yang seangkatan dengannya. Malah, saya akan mengurangkan aktiviti favorite iaitu menonton wayang & makan BESAR!. Dalam erti kata lain, saya akan cuba mengurangkan kehendak dan mula fokus kepada keperluan saya sahaja!

Saya harap saya dapat mencapai KPI yang dirancang, agar masa depan saya TERJAMIN. Untuk itu, saya perlukan DISPLIN!

2. Sosialiti

Ini melibatkan perubahan & displin yang perlu diserapkan dalam cara hidup saya. BUKAN MUDAH tetapi saya tekad untuk menjadi lebih matang dan meninggalkan aktiviti yang tidak mendatangkan faedah terhadap masa depan saya. Ini juga akan memberi kesan kepada laman-laman web sosial yang saya dominasi. Saya akan mengurangkan laman-laman tersebut dan akan hanya fokus terhadap satu laman sahaja.

Bukan itu sahaja, ramai rakan-rakan saya yang mengetahui bahawa saya amat gemar mengisi masa lapang dengan melakukan kesan sampingan khas menggunakan Photoshop terhadap gambar-gambar yang saya fikirkan menarik. Ianya hobi saya! Malangnya, saya dapati ianya tidak terlalu memberi faedah besar terhadap diri saya. Mulai era baru ini, hobi itu akan saya gantikan dengan sifat membaca. Tidak kira apa jua bahan ; samada ianya bahan ilmiah atau majalah hiburan - saya akan mula membaca dan pengutamaan saya adalah kepada bahasa inggeris!

Saya juga tekad untuk mengurangkan borak-borak kosong yang hanya membuang waktu. Sedikit sifat Selfishness juga akan diserapkan untuk membantu saya berjaya dalam hidup.

Kelemahan saya adalah GOSIP. Ini juga akan saya cuba kurangkan kerana bukan saja ianya mengundang dosa, malah bergosip atau dengan lebih terang "mengata orang lain" juga membuatkan saya sedar bahawa SAYA JUGA INSAN YANG TIDAK SEMPURNA SEPENUHNYA DI BUMI ALLAH ini.

Melalui era baru ini juga, saya tidak mahu menjadi "Tukang Simpan Rahsia" sesiapa pun. Adalah sukar bagi saya memikul AMANAH tersebut. Jadi, jika ada dikalangan yang ingin berkongsi cerita dengan saya, biarlah ianya bukan sesuatu yang perlu saya rahsiakan. Saya mungkin mempertimbangkan "RAHSIA" yang boleh disimpan jika ianya benar-benar perlu diceritakan kepada saya dan ianya melibatkan MARUAH atau KESELAMATAN seseorang. Jika tidak, sila abaikan saya dalam hal menceritakan rahsia anda. Terhadap rahsia-rahsia yang telah diceritakan kepada saya sebelum ini, jangan risau, jika saya telah berjanji, insyaAllah saya akan terus tetap memegang janji tersebut.

Rakan-rakan sekalian, hormatilah prinsip saya dalam soal ini, kerana saya serius terhadap perubahan ini.

3. Persahabatan

Kita semua tahu, bahawa, kita yang menentukan haluan hidup sendiri. Jika buruk yang kita pilih, maka buruk yang kita dapat. Begitulah seterusnya. Tidak ada soal menyalahkan orang lain jika hidup kita tidak menentu. Dalam soal persahabatan juga begitu, sahabat-sahabat yang saya pilih untuk meneruskan perjalanan hidup akan memberi kesan sampingan pada saya. Sebelum ini, saya akan berkawan dengan sesiapa sahaja yang saya fikir seronok untuk dibuat kawan, tanpa mengira latar belakang atau keupayaan seseorang itu memperguna atau merosakkan hidup saya. Hasilnya, saya lebih banyak memikirkan cara untuk menjaga hati kawan-kawan dan cara untuk menggembirakan mereka. Era 2010 ini, semua bakal berubah. Saya akan mengamalkan dasar PILIH BULU! Ya. Saya akan lebih mengutamakan sahabat-sahabat yang "SEJATI" dan akan kurangkan tumpuan saya pada sahabat yang besifat suka "merengek" ini.

Bagaimana saya membezakan mereka?

Percayalah, jika saya katakan bahawa 2009 telah membuka mata saya terhadap dua kelompok manusia bergelar sahabat ini. Tidak perlu bagi saya untuk nyatakan siapa mereka. Mereka akan menyedari perhatian lebih yang saya akan berikan kepada mereka bermula 2010 ini dan mengetahui bahwa merekalah sahabat sejati saya.

Mengapakah perlu untuk saya melakukan ini?

Membezakan sahabat yang boleh membimbing kita kejalan yang lebih baik adalah penting, bukan saja kepada saya, malah kepada semua orang. Mereka inilah yang akan sama-sama dengan kita dalam jatuh bangun kehidupan dan akan sentiasa tidak putus menawarkan pertolongan serta GEMBIRA melihat jika kita berjaya. Saya telah melihat wajah-wajah ini, dan saya sangat hargai mereka! Terima Kasih Sahabatku..

Jadi KPI saya dalam soal persahabatan adalah memberikan lebih tumpuan kepada mereka yang saya anggap penting dalam hidup saya! Selain itu kuota sahabat juga akan saya kurangkan. Hanya jika seseorang itu bisa memberi nilai baik pada saya, barulah kuota itu akan diserahkan padanya. Biarlah saya kurang rakan, tetapi RAMAI sahabat yang BERKUALITI!

Kepada yang merasakan TIDAK MAHU BERKAWAN dengan saya, dipersilakan untuk DELETE saya dari friends list anda. Adalah lebih baik juga jika anda dapat alert saya bahawa anda tidak mahu bersahabat dengan saya, supaya saya tidak lagi menggangu anda. Saya juga tidak mahu perkara-perkara remeh seperti anda mengganggu hidup saya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------


Itu adalah ANTARA KPI yang telah saya goreskan untuk era 2010 ini. Saya tekad untuk BERUBAH. Saya perlukan bantuan sahabat-sahabat sejati ini.


Semoga perubahan ini sama-sama membawa kebaikan kepada kita semua. Amin.

p/s: kepada "orang-orang" tertentu, ketahuilah saya sudah belajar untuk memaafi. Mungkin anda juga perlu belajar untuk berkomunikasi? Terpulang..




read more...